Betullah hidup
ni sangat mencabar. Aku tengah mencuba sebaik mungkin hidup di dunia ni.
Perjalanan mencari redha Ilahi. Rasa macam kadang-kadang tu terhenti tengah
jalan bila dugaan datang. Seboleh-bolehnya aku positif untuk semua yang berlaku. Bantulah aku Ya
Allah...
Aku tengok jam
dinding. Hampir pukul sebelas malam. Dina sudah masuk tidur dan aku masih di
ruang tamu melayan perasaan seorang diri. Lepas tutup tv tadi aku masih tak
rasa mengantuk. Yelah... kalau ikutkan aku mana biasa tidur awal-awal. Kalau
dulu, waktu-waktu begini belum tentu aku dah balik rumah.
Dulu rasanya
aku ni dah macam spesis burung hantu dah, siang tidur malam berjaga. At least
burung hantu tahulah jugak nak balik rumah petang-petang tapi aku ni waktu
petang... alamat rumah pun belum tentu aku ingat. Hmm, dululah... Sekarang ni,
alhamdulillah tak lagi.
* * *
Malam masih
muda. Itu yang aku tahu apabila Dina kerap kali menasihati perangai aku yang
satu ini. Bukan malam sahaja yang muda, malah aku sendiri masih muda untuk
menikmati keseronokan dunia ini. Tunggulah sepuluh atau dua puluh tahun lagi
sebelum aku bertaubat.
Dina hanya
menggeleng apabila kadang kala mulut aku bau air haram itu ketika pulang ke
rumah. Selalunya aku hanya pekakkan telinga mendengar semua nasihat percuma
dari Dina. Aku tak pernah marah dengan nasihat dia, cuma untuk aku mengambil
pengajaran mungkin belum masanya lagi.
Aku selesa
dengan hidup begini. Bagiku apa guna menutup aurat jika tidak ikhlas. Apa guna
sikap hipokrit berbuat baik kalau tidak ikhlas. Semuanya perlukan keikhlasan
untuk lakukan sesuatu baru berkekalan. Tapi, ketika itu aku lebih mengutamakan
falsafah hidup sendiri. Falsafah hidup yang terang-terangan melanggar syariat
Ilahi.
Selagi ada
masa nikmati sahaja kehidupan ini. Kata Dina lagi aku bernasib baik kerana
dikurniakan kehidupan yang lengkap tapi sayangnya aku tak tahu menghargai.
Menghargai dalam erti kata mensyukuri. Aku alpa dengan dunia sehingga aku lupa
siapa Pencipta. Selalunya aku hanya tersenyum sinis mendengarnya.
Sejak kecil
aku dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Emak seorang suri rumah yang cukup
sempurna malah babah sendiri sangat mengutamakan pendidikan agama kepada
anak-anaknya. Aku hanya punya abang dan abangku yang satu itu juga menyayangiku
tanpa berbelah bahagi. Walaupun babah selalu sibuk dengan tugasnya sebagai
seorang timbalan pengarah di salah sebuah syarikat swasta tapi tugasnya selaku
seorang ketua keluarga tidak pernah di abaikan. Entah mana silapnya sehingga
aku jadi begini. Mungkin sebab diri sendiri.
Aku sedar aku
yang memilih jalan ini. Aku juga sedar jalan yang aku pilih salah cuma aku
selalu ambil tak kisah. Untuk kategorikan aku gadis liar mungkin tidak sesuai.
Aku bukan menyertai parti-parti mat rempit yang selalu menggadai nyawa untuk
mendapat hasil taruhan. Aku juga tidak mengamalkan seks bebas.
Mungkin
kehidupan sosialku yang tak terjaga. Malamku bukan seperti gadis-gadis sunti di
kampung yang duduk di rumah menjaga diri. Malam menjelma dan aku pasti keluar
mencari teman lepak bersama. Rakan-rakanku juga tak mengira bangsa dan agama.
Rakan-rakan yang seperti aku yang tidak mengenal siapa yang mencipta dunia.
Kami hanyut dengan kehidupan dunia yang sementara.
Pernah sekali
seorang rakan menghulur sebungkus kecil plastik yang isinya jelas kelihatan
seperti tepung. Aku tersenyum menolaknya secara baik.
"I don't do drugs."
Jawapan yang mengundang tawa rakan-rakanku yang lain. Aku hanya biarkan. Aku masih kenal perkara yang akan memusnahkan hidup aku.
"I don't do drugs."
Jawapan yang mengundang tawa rakan-rakanku yang lain. Aku hanya biarkan. Aku masih kenal perkara yang akan memusnahkan hidup aku.
Selepas keputusan SPM diumumkan
aku menjadi salah seorang pelajar cemerlang yang mengharumkan nama sekolah.
Keputusanku untuk menyambung pelajaran di luar negara disambut baik oleh kedua
ibu bapaku dan abangku sendiri. Ketika itu aku masih bertudung dan masih
mengekalkan ciri-ciri wanita muslimah dalam diri. Janjiku untuk menggenggam
segulung ijazah membara-bara kerana aku ingin membanggakan keluargaku. Semuanya
manis-manis belaka ketika itu.
Babah dan emak berpindah ke
kampung setelah babah bersara di mana ketika itu aku sudah setahun di England.
Abang pula bekerja sebagai salah seorang jurutera di Johor Baharu. Perubahan
diri aku bermula ketika aku di tahun kedua. Selepas peperiksaan akhir tahun
pertama aku berhajat untuk membuat kejutan kepada mereka dengan pulang ke
rumah.
Penat hampir sehari di dalam flight
hilang begitu sebaik sahaja aku menjejakkan kaki di Kuala Lumpur International
Airport. Setelah selesai urusan bagasi, aku melangkah mencari teksi. Tiket
teksi ditangan kuhulurkan pada pemandu teksi yang membawaku. Setelah destinasi
diketahui terus sahaja pak cik teksi itu bergerak memandu meninggalkan KLIA.
Hampir satu jam aku di dalam
teksi akhirnya aku sampai ke rumah. Tersenyum
lebar aku berdiri dihadapan rumah dan yang paling seronok apabila kereta abang
turut ada sekali. Ini bermakna semua ahli keluargaku ada di rumah dan
rancanganku untuk mengejutkan mereka pasti lebih sempurna.
"Assalamua'laikum!"
laungku dari luar rumah. Menanti babah atau emak keluar menyambutku. Pasti riak
terkejut yang mereka tunjukkan. Senyumanku semakin melebar apabila memikirkan
perkara itu.. Apabila tiada sahutan sekali lagi aku memberi salam.
"Waa'laikummussalam..."
Terkocoh-kocoh emak keluar diikuti abang di belakang Cuma babah yang tiada.
Mungkin ke kebun atau keluar membeli barang fikirku.
"Surprise!!!" Aku
mendepangkan tangan tapi perlahan-lahan aku jatuhkan apabila reaksi emak dan
abang sangat berbeza dari yang aku fikirkan. Tiada senyuman di wajah mereka
malah mereka berpandangan sesama sendiri.
"Najwa?" tanya emak.
Aku ketawa perlahan. Mungkin emak terkejut sehingga tidak percaya aku di
hadapannya.
"Wa lah ni mak, abang. I'm
home!" Barulah emak datang memelukku. Abang memelukku kemudian setelah
emak meleraikan pelukan kami.
"Kenapa Wa tak cakap nak
balik? Hari tu mak tanya Wa kata tak nak balik cuti ni. Buat terkejut kami saja
Wa ni." Comel sahaja kurasakan emak memarahiku.
"Saja Wa nak bagi
kejutan."
"Dah, jom masuk."
* * *
Prang!
Berderai gelas minuman yang aku pegang selepas mendengar kata-kata mak.
Terketar-ketar tangan aku mengutip serpihan kaca. Sambil satu persatu aku
kumpulkan dan air mata mengalir perlahan. Dalam hati aku masih berdoa sepenuh
hati yang emak hanya berbohong.
"Babah dah tak ada nak...
Maafkan emak. " Sekali lagi emak ulang apa yang dikhabarkan kepada aku
tadi. Mulanya aku fikir emak maksudkan
babah tiada di rumah, ke kebun mungkin. Rupanya maksud emak lebih mendalam
kerana babah tiada lagi di dunia. Sudah tiada kerana menemui Pencipta.
Aku masih seperti
tadi. Masih tekun mengutip serpihan kaca yang sudah pecah. Sambil tangan
mengutip tapi otak tidak mencerna apa yang aku lakukan. Mata semakin kabur
apabila air mata membasahi pipi tidak surut malah makin melaju.
"Wa!" Segera emak
membongkok di sebelah aku menepis tangan aku yang mengutip kaca. Terasa sesuatu
mengalir hangat di jemari. Bila aku pandang, jari jemariku sudah penuh dengan
darah. Sungguh tika itu aku tidak terasa dan tidak sedar aku sedang mencucuk
jemariku menggunakan serpihan kaca itu. Hanya apabila emak menepis baru aku
terasa sakitnya.
"Astaghfirullahala'zim...
Mak, Wa... apa yang jadi ni?" Abang terus melepaskan barang-barang yang di
belinya dan meluru ke arah kami. Tangan aku dipegangnya.
"Wa, macam mana..."
"Wa, maafkan mak Wa. Bukan
niat mak nak rahsiakan dari Wa." Tak sempat abang menghabiskan ayat emak
memotong. Sekali lagi emak memohon maaf tapi aku hanya mendengar kosong dan
otak masih tidak boleh berfikir.
"Wa dah tahu mak?"
pantas abang menyoal emak. Emak mengangguk kecil.
"Kita ke klinik dulu!"
tegas abang bercakap dan aku hanya bangun mengikut.
* * *
"Wa..." tersentak aku
dari lamunan. Terkejut pun ada juga bila Dina tiba-tiba muncul menyeru nama
aku.
"Kau buat apa kat
sini?" soal Dina sambil tangan kanannya menggosok mata.
"Aku tengok tv tadi. Kau
kenapa bangun tiba-tiba ni?" Sempat mata aku menjeling jam dinding yang
sudah menunjukkan tepat pukul dua pagi.
"Aku lapar. Jom makan,
Wa?" Dina menggosok perutnya pula. Dina ni jenis yang suka bangun
pagi-pagi buta cari makanan jadi kami akan pastikan rumah akan ada makanan
segera supaya mudah untuk dimasak jika terasa lapar.
"Patutlah bangun pagi-pagi
buta. Tak apalah aku kenyang lagi. Kau nak makan apa pagi-pagi ni?"
"Mi segera."
"Hmm... okeylah aku tidur
dulu. Selamat malam, assalamua'laikum."