Pap! Novel 'Dia yang Ku Nikahi' karya Iqbal Syarie setebal 422 muka surat itu aku tutup. Akhirnya habis juga baca buku ni. Termenung aku sekejap sebab ending novel ni. Kahwin dua last sekali. Gila kau, aku tak termenung! Watak Adam Johari, Aisyah dan Nasuha bermain di fikiran. Masing-masing ada kisah gelap tersendiri yang kemudian Allah anugerahkan cahaya buat mereka.
Cahaya yang menjadikan jalan mereka selepas itu lebih tenang dengan redha Allah. Yang pasal last sekali kahwin dua tu yang buat aku terkedu tu! Bagi akulah kan, perempuan yang ikhlas hidup bermadu tu mesti dah sepenuhnya jiwa dia serahkan kepada Allah. Adam Johari? Untung la... Dua-dua bini solehah. Alhamdulillah, sesuai untuk dia yang soleh juga.
"Habis baca dah?" Sepupuku, Radina menegur sebab nampak aku letak buku tu atas meja.
"Dia kahwin dua Dina last skali..." mulut bercakap tapi mata aku terarah pada dinding di belakangnya. Termenung.
"Aku cakap kau tak percaya... novel ni endingnya buat kau ternganga. Baik kau ambil novel yang lagi satu tu hari tu." Radina memandang aku. Aku memandangnya kosong. Teringat peristiwa di Mph semasa aku ingin membeli novel 'Dia yang Ku Nikahi.' Dina beria-ia menyuruh aku membeli novel lain pilihannya.
"Tak pe, aku tahu kau nak kahwin tak lama lagi..." tersengih-sengih Radina menuturkan ayat tu.
"Banyaklah kau! Cakap leklok sikit eh, kata-kata itu suatu doa tahu? Aku ambil yang mana baik bukan nak buat macam tajuk buku tu... Tapi baguslah buku ni, banyak maksud tersirat." Radina hanya tersenyum mendengar jawapan balas dari aku.
"Tapi Dina kan, memang la aku rasa perempuan yang bermadu tu betul-betul mengikut ajaran Islam sepenuh hati baru dia boleh hidup bermadu. Siap main singgah-singgah rumah lagi, hidang air oren lagi." Aku masih termenung memandang dinding di belakang Radina.
"Panggil kakak tu... Jangan main-main." Ketawa aku dan Dina bergabung teringatkan bab terakhir novel tu. Bila Aisyah si isteri pertama yang baru balik dari klinik singgah ke rumah suaminya Adam Johari dan madunya Nasuha. Waktu tu Nasuha menghidang air kepada Aisyah yang dipanggilnya kakak kerana Aisyah isteri pertama.
"Tapi kalau akulah kan, aku tak kan sanggup hidup bermadu walau macam mana pun." Terdiam aku mendengar pendapat Radina. Siapa je yang sanggup hidup bermadu? Perempuan manalah tu? Meh kawan dengan aku biar aku jadikan Tok Guru.
"Tapikan Wa... Kau kan solehah jugak. Boleh hidup bermadu ni." Radina angkat kening double jerk kat aku. Buat muka nak mengusik aku.
"Solehah ke aku ni Dina?" Aku pandang Radina sambil buat muka tak ada perasaan. "Malaslah aku nak layan kau!" Aku baling bantal yang ada kat sebelah aku pada muka dia sebelum bangun keluar dari bilik. Terdengar suara Dina terkekeh-kekeh ketawa.
* * *
Aku mengambil tempat di hadapan televisyen. Remote controller diambil kemudian punat on ditekan. Tercari-cari siaran yang boleh mengisi malam ini. Tak lama selepas itu Dina datang mengambil tempat disebelah aku.
"Cerita apa Wa?" matanya khusyuk menonton siaran pilihan aku.
"Entah aku main tengok je." Aku membalas ala kadar.
"Tukar chanel lain Wa..." pinta Dina walaupun matanya masih di tv. Tanganku menekan dari satu chanel ke chanel yang lain. Menanti Dina berpuas hati.
"Ha, yang ni! Yang ni!" Suara Dina mematikan tugas aku menukar chanel. Ayat-Ayat Cinta...
"Cerita ni dah lama lah Na..."
"Memanglah... tapi banyak pengisian. Kau kan nak kahwin, baik kau tengok cerita-cerita macam ni selalu."
"Bila pulak aku nak kahwin ni? Kau jangan..." mengecil mataku memandang Dina. "Kata-kata itu suatu doa." Sambungku perlahan.
"La... apa salahnya aku doakan perkara yang baik." Mata Dina masih tertancap di hadapan televisyen.
"Tak naklah kahwin dulu. Kau kahwin dulu baru aku kahwin."
"Ada pulak macam tu. Kalau jodoh kau dah sampai tak adanya kau nak tunggu aku kahwin dulu baru kau nak langsung."
"Kita kahwin sekali nak? Jimat belanja." Aku mengangkat kening.
"Tak nak aku. Nanti orang datang semua nak compare pengantin. Yang ni lagi cantiklah... yang tu hodohlah... buat terasa je." Cepat Dina menjawab. Nampak sangat tak nak sanding sekali dengan aku. Ceh!
"Cerita ni dia bermadu jugaklah."
"Tapi sweet." Dina tersenyum. Sukalah tu! Tak lama kemudian aku ketawa.
"Apasal kau? Sawan?" Dina muka pelik pandang aku.
"Cuba kau bayangkan kalau kau yang bermadu lepas tu aku datang rumah kau. Kemudian aku cakap, "sweetlah kau Na dengan madu kau..." Kau halau aku tak rasanya?"
"Kut kau nak kena hempuk dengan aku time tu, cakaplah. Kau janganlah doakan aku bermadu pulak!"
"Mana ada. Kan aku suruh kau bayangkan je." Aku masih lagi dalam mood tersengih.
"Kata-kata itu suatu doa tahu?"
"Tadi kata orang..." aku mencebik Dina.
Radina tersengih kemudian sebelum kami sama-sama diam khusyuk menyoroti kisah cinta dan pengorbanan antara Aisyah, Fakhri dan juga Maria.
No comments:
Post a Comment